TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN
Sila baca kelayakan dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang.
A. Kelayakan Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
1 Warganegara Malaysia;
2 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3 Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
4 Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran
pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat
tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
5 Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran
daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian
Pengajian Tinggi;
6 Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
7 Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f),
pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi
daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
8 Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
9 Tiada penaja lain.
B. Dokumen Sokongan
Setiap permohonan mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah
DISAHKAN/DITANDATANGANI seperti berikut:
1 Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web
Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
2 Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan
tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
3 Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya
sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
4 Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal
IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
5 Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor
akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan
sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
6 Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma /
Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
7 Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan
Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
8 Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan
Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
9 Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan - PENERIMA
BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja)
10 Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan
Tidak Bekerja - PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
11 Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima
bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
12 Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman
kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen
sokongan berikut diperlukan:
1 Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
2 Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan pegawai
yang layak.
Pegawai yang layak mengesahkan dokumen adalah seperti berikut:
Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal Undang-
Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah(sekolah kerajaan
sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf
dn ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang
bertauliah.
(From website PTPTN)
Beside that, there are some guidelines when you're accepting the PTPTN offer. Refer to this link:
http://www.ptptn.gov.my/gateway/docs/Panduan%20Perjanjian%20Ptptn.pdf
No comments:
Post a Comment